KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dilaporkan terus meningkat manakala keadaan di Selangor beransur pulih pagi ini.
Di PERAK, jumlah mangsa mencatat peningkatan dengan 507 mangsa daripada 155 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 470 mangsa banjir daripada 145 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak 165 mangsa daripada 52 keluarga berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 144 orang daripada 46 keluarga.
Seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.
Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.
Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.12 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.25m.
Sementara itu di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa daripada 178 keluarga berbanding 702 mangsa daripada 180 keluarga dilaporkan malam tadi.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 10 PPS sedang beroperasi di negeri itu membabitkan daerah Sepang (lima), Hulu Langat (dua) dan Kuala Langat (tiga).
Sementara itu, portal Public Info Banjir menunjukkan setakat 8.15 pagi, paras air Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor melebihi tahap amaran dengan trend menurun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Penduduk Kampung Cemperai, Dengkil, membersihkan perkakasan rumah yang dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir semasa tinjauan di kampung berkenaan, 6 Nov 2023. --Gambar fail BERNAMA
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Fokus Minggu Depan: Era baharu kepimpinan Singapura
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang
Kawasan terjejas juga bertambah kepada enam, berbanding hanya tiga di sebelah petang semalam.
Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS
Pada Sabtu, banjir di daerah Hilir Perak, Kerian dan Kinta mencatatkan jumlah kekal sama seperti tengah malam tadi.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini
Di Perak, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan empat PPS masih beroperasi dengan jumlah mangsa kekal 178 orang.
Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS
Jumlah mangsa pada lewat malam tadi ialah 457 orang daripada 136 keluarga dan berkurang kepada 423 pada jam 8 pagi tadi.
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih
Di Selangor, jumlah mangsa banjir di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa berbanding 702 malam tadi.
Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini
Di Selangor, 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi.
Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS
Penambahan berlaku di daerah Hilir Perak di mana 21 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI, Langkap.
Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini
Jumlah itu meningkat berbanding 285 orang daripada 82 keluarga yang dilaporkan tengah malam tadi.
Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak
Di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Pengkalan Hulu pula dilanda banjir, mangsa melonjak kepada 419 orang
PPS kelima di Perak dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar pada 11.30 malam tadi.